2008年2月14日星期四

逐鹿问鼎∶Let the track record speak for itself

出处∶Malaysia Today
原题∶The Corridors Of Power∶Let the track record speak for itself
作者∶拉惹柏特拉
发表日期∶14-02-08
翻译∶CC LIEW

This is going to be the shortest article I have ever written. I do not want to say anything more than: LET THE TRACK RECORD SPEAK FOR ITSELF! Did Abdullah Ahmad Badawi deliver his 2004 election promises?

(Berita Harian, 16 Mac 2004) - KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) semalam melancarkan manifesto Pilihan Raya Umum ke-11 yang mahukan rakyat terus memberi mandat untuk masa depan Malaysia yang ‘Cemerlang, Gemilang, Terbilang’.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berharap rakyat memberikan peluang kepada beliau dan BN untuk membawa lonjakan pembangunan baru ke arah mencapai kejayaan yang lebih kepada negara dan rakyat.

Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN melancarkan manifesto itu di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, yang disiarkan secara langsung menerusi TV1 dan TV3.

Manifesto setebal 19 muka surat itu menggariskan beberapa perkara daripada ekonomi, pembangunan seimbang, pendidikan, agama, pembangunan sahsiah, akhlak dan nilai-nilai etika, undang-undang dan keselamatan awam serta dasar luar negara.

Abdullah dalam ucapannya pada majlis itu, menegaskan bahawa BN mahu mendapatkan mandat besar daripada rakyat dalam pilihan raya kali ini untuk mencapai hasrat ke arah itu.

“Kita mahu rakyat mengundi BN bagi masa depan negara. Dengan kekuatan, keteguhan dan pengaruhnya, BN terbukti sebagai parti yang benar-benar mewakili semua kaum di negara ini. Parti ini mempunyai pengalaman lama dalam perjuangan membangunkan negara ini, memajukannya dalam semua bidang serta membawa kejayaan kepada rakyat tanpa mengira kaum atau agama yang dianuti.

“Kita menekankan dalam manifesto kita ini betapa perlunya kita memandang ke hadapan. Inilah yang kita tawarkan, inilah yang kita serahkan kepada rakyat untuk pertimbangan mereka. Undilah untuk masa depan negara kita bersama yang akan melaksanakan cita-cita rakyat bagi negara kita yang cemerlang, gemilang dan terbilang,” katanya dengan menerima tepukan gemuruh penyokong BN.

Hadir sama pada majlis pelancaran itu ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Endon Mahmood; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor; Setiausaha Agung BN, Tan Sri Khalil Yaakob; Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting; Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu dan presiden parti komponen BN yang lain.

Active Image

Sebanyak tiga juta salinan dalam tujuh versi bahasa Melayu dalam rumi dan jawi, bahasa Inggeris, Cina, India dan untuk bacaan Bumiputera di Sabah dan Sarawak dalam bahasa Kadazan dan Iban.

Ini adalah pilihan raya umum pertama pada alaf baru dan yang pertama bagi Abdullah mengetuai BN sejak dilantik sebagai Perdana Menteri 31 Oktober lalu, mengambil alih daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Berdasarkan tema ‘Ke Arah Malaysia Cemerlang, Gemilang, Terbilang’, manifesto itu menggariskan bahawa BN untuk semua bagi memastikan tiada golongan yang dibiarkan atau diketepikan, bahkan setiap warga ada peranan dalam pembangunan negara.

BN juga memastikan semua kaum akan diwakili selaras amalan perkongsian kuasa yang tulen; menjamin keamanan, kemakmuran dan keharmonian seluruh rakyat serta mengutamakan perpaduan negara dan memastikan satu sistem kerajaan untuk seluruh negara.

Bagi tujuan itu, BN menyokong rakyat untuk memenuhi tuntutan dengan memerangi rasuah dan memperbaiki mutu perkhidmatan kerajaan, sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat dan akan merujuk kepada pandangan rakyat dalam isu-isu penting serta mengiktiraf semua golongan yang turut merangkumi generasi muda, wanita dan penduduk luar bandar sebagai aset negara, kerana semua perlu dibabitkan dalam pembangunan negara.

Dalam manifesto itu di bawah tajuk kecil ‘BN untuk masa depan yang maju, aman dan makmur’ antara lain menggariskan:

* BN terus melaksanakan strategi pembangunan ekonomi untuk mencapai Wawasan 2020. Bertekad meningkatkan keupayaan daya saing, menjamin suasana mesra-perniagaan dan berusaha ke arah pengurusan kewangan negara yang berhemat;

* BN bertekad menerokai sumber kekayaan dan pendapatan baru dengan membina potensi kawasan luar bandar;

* Bertekad membasmi kemiskinan, menambahkan pembangunan rumah kos rendah dan meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan, dan

* Mendokong Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan terus membangunkan Islam Hadhari yang progresif dan moden.

Ia menyebut bahawa BN adalah untuk semua rakyat yang mempunyai peranan dan suara kerana BN komited kepada demokrasi berparlimen serta menjamin kepentingan semua selain menjemput semua kumpulan menyertai proses pembangunan negara.

BN juga akan terus memelihara keamanan, kestabilan dan keharmonian di kalangan rakyat, dengan semua kumpulan etnik diwakili dalam BN melalui perkongsian kuasa, selaras dengan semangat bersatu hati dan bekerjasama.

Mengenai ekonomi, manifesto itu menyatakan bahawa rakyat segenap lapisan boleh berasa bangga dengan pencapaian ekonomi hasil kerjasama erat semua pihak.

Bagi menghadapi cabaran masa depan, BN bertekad untuk terus menggalakkan pertumbuhan ekonomi bagi mencapai Wawasan 2020, meningkatkan daya saing dan daya tahan ekonomi berdasarkan prestasi serta mewujudkan suasana mesra-perniagaan dan mempelopori sumber kekayaan dan pendapatan baru dalam bidang pertanian, bioteknologi dan perkhidmatan kewangan Islam.

Dalam usaha untuk memastikan pembangunan sosioekonomi seimbang yang berterusan, BN bertekad membasmi kemiskinan sepenuhnya dan merapatkan jurang pendapatan, memastikan pembangunan wilayah yang seimbang di negeri-negeri serta mempertingkatkan keberkesanan program sosial untuk membantu kumpulan tercicir seperti Orang Asli, golongan kurang upaya dan warga tua.

Dalam bidang pendidikan pula, BN bertekad menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan melalui peningkatan kualiti termasuk pengajaran bahasa ibunda yang lebih baik di samping memelihara kedudukan sekolah jenis kebangsaan yang sedia ada.

Mengenai agama, BN bertekad memperbaiki pelaksanaan undang-undang syariah dalam negara dan memastikan wanita Islam dapat menikmati sistem perundangan yang adil dan saksama.

BN juga komited meningkatkan pendidikan Islam dan memperbaiki sukatan pelajaran pendidikan Islam pada semua peringkat, mensyaratkan pelajar beragama Islam mengambil mata pelajaran bahasa Arab dan khatam al-Quran sewaktu di sekolah, meningkatkan kebajikan imam dan pegawai agama serta memastikan urusan jemaah haji dilakukan secara cekap dan memastikan kos mengerjakan haji dikawal pada paras munasabah.

Manifesto itu juga menyatakan, BN bertekad memupuk nilai akhlak yang tinggi, keyakinan diri serta keberanian untuk menghadapi cabaran di kalangan belia dan remaja melalui Latihan Khidmat Negara, Rakan Muda dan program khidmat masyarakat yang lain.

Ia juga mahu memperkenalkan satu kod etika dan integriti untuk sektor awam dan swasta, parti-parti politik serta masyarakat umum.

Selain itu, BN bertekad untuk menjamin kebebasan badan kehakiman dan menyediakan prasarana moden untuk meningkatkan kecekapan pentadbiran keadilan.

Bagi perkhidmatan awam pula, BN akan meneruskan usaha untuk memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan awam menerusi perkongsian dengan sektor perkhidmatan awam untuk memenuhi keperluan rakyat yang semakin meningkat.

Untuk dasar luar pula, BN berazam memastikan Malaysia tetap memainkan peranan aktif dalam isu antarabangsa serta mengekalkan hubungan damai dengan semua negara tanpa mengira taraf ekonomi, ideologi dan sistem politik.

Untuk semua itu, BN berikrar untuk terus mempertahankan kemerdekaan serta kedaulatan, menjunjung prinsip Rukun Negara, demi menjamin kestabilan negara serta keutuhan perpaduan rakyat untuk terus hidup dalam suasana harmoni, aman dan damai.

“Berlandaskan keazaman ini, kami akan meyakinkan rakyat melalui teladan dan bukti nyata agar rakyat terus bersama kerajaan Barisan Nasional untuk mencapai hasrat dan inspirasi murni negara,” kata BN dalam manifesto itu yang mula diedarkan ke seluruh negara semalam.

Bercakap dalam sidang akhbar kemudian, Abdullah berharap rakyat akan melihat manifesto itu secara positif.

“Saya harap mereka dapat diyakinkan kerana apa yang terkandung dalam manifesto ini adalah apa yang kita akan laksanakan...ia bukan semata-mata untuk meraih undi. Undilah untuk masa depan anda kerana kita berupaya membawa kemajuan dan membentuk masa depan yang baik.

“Mengundi BN adalah memilih masa depan yang lebih makmur untuk Malaysia. Kita mempunyai keyakinan yang tinggi mengenai kemampuan kita untuk melaksanakan (janji-janji dalam manifesto). Ia bukan untuk menunjuk-nunjuk,” katanya.

Sementara itu, mesejnya yang terkandung dalam manifesto itu antara lain mengajak rakyat untuk terus meyakini BN yang bertekad membangunkan negara secara menyeluruh dan seimbang berlandaskan pentadbiran, pengurusan, perkhidmatan malah pemikiran ‘kelas’ pertama serta sahsiah yang mulia di kalangan semua rakyat Malaysia.

“Lonjakan pembangunan baru ini, selain memberi makna kepada kejayaan-kejayaan yang sudah kita kecapi, sebenarnya mampu membawa negara tercinta kita menjadi lebih Cemerlang, Gemilang, Terbilang,” katanya.

Active Image

Active Image

(Click here for bigger view)

没有评论: